Sekolah Kebangsaan Kinabutan telah diwujudkan pada tahun 1948. Sekolah
ini diasaskan atas daya usaha seorang penduduk Kampung Kinabutan iaitu
Allahyarham Ibong b. Gandahan. Disebabkan beliau tidak berkemampuan
untuk menyekolahkan anak-anaknya ke bandar, beliau telah memohon kepada
Kerajaan British agar sebuah sekolah didirikan di Kampung Kinabutan.
Allahyarham
Ibong b. Gandahan telah membuat perjanjian dengan Kerajaan British
bahawa sekiranya permohonan beliau diluluskan, beliau sanggup
menyediakan tapak bangunan untuk sekolah tersebut di atas tanahnya
sendiri tanpa menuntut sebarang ganti rugi.
Setahun selepas
Allahyarham Ibong b. Gandahan meninggal dunia, Kerajaan British telah
meluluskan permohonan beliau. Sebuah bangunan sekolah papan dan sebuah
rumah guru telah didirikan pada tahun 1947 di atas tanah beliau sendiri.
Lokasinya di Batu 5 Jalan Apas kira-kira 5 km dari bandar Tawau.
Sempena
mengambil nama Kampung Kinabutan maka Kerajaan British telah
mendaftarkan sekolah ini dengan nama Government Primary School Kinabutan
(G.S.P. Kinabutan). Pada tahun 1948, G.S.P. Kinabutan telah dibuka
dengan rasminya. Seorang guru telah dihantar oleh Kerajaan British untuk
bertugas di sekolah ini. Beliau ialah Tuan Haji Salim b. Haji Juma yang
berasal dari Kampung Kinabutan Kecil, Tawau. Pada ketika itu muridnya
hanya seramai 35 orang sahaja.
Atas kesedaran para ibu bapa
tentang pentingnya pelajaran kepada anak-anak, maka bilangan murid-murid
terus bertambah tahun demi setahun. Untuk menampung bilangan murid yang
bertambah, bilangan guru juga turut ditambah.
Subscribe to:
Comments (Atom)



2 comments:
sekolah ku yang tercinta
Assalamualaikum aiman..terima kasih atas penulisan yg indah ini..dgn ini sy sedikit dpt mengenali Allahyarham arwah atok sy. Sy sbgi cucu allahyarham pun tak mengetahui sejarah sekolah ini yg mana rumah mak ayah sy hanya bersebelahan sekolah smk kinabutan. Apabila sy terbaca penulisan ini sy merasa sgt terharu dan bangga dgn allahyarham. Untuk pengetahuan anda. Sekolah papan tu masih lagi berdiri dan didiami oleh jiran kami. Sekali lagi. Jutaan terima kasih sy ucap kn. Azahari Sangut
Post a Comment