Dasar
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber
Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan
cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi
Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur
yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai
dan terkini.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai
dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang
menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
•
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan
aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran.



0 comments:
Post a Comment