Ads 468x60px

Powered by Blogger.

Featured Posts

Friday, 28 June 2013

LENCANA KAMI:)

Lencana Sekolah



WARNA
Merah : Melambangkan semangat keberanian dan kekuatan azam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan.
Biru : Melambangkan keikhlasan  keharmonian perpaduan dan kerjasama.
Putih : Menggambarkan kepercayaan kepada Tuhan, mengamalkan kebersihan dan nilai murni yang
                    menjadi amalan warga sekolah.
Kuning : Melambangkan akhlak mulia dan maruah terpelihara.
Hijau : Melambangkan ‘Sekolah Dalam Taman’ dan kecantikan kepada alam sekitar.       

Thursday, 27 June 2013

PERJUMPAAN PERTAMA KELAB BESTARI ICT

Perjumpaan Pertama Kelab Bestari ICT

MAKLUMAN
Kepada ahli Kelab Bestari ICT yang sudah mendaftar, satu perjumpaan akan diadakan di Makmal Komputer pada 4 April 2013 (Khamis) jam 12.30 tengahari.Sekian Terima kasih

IMPIAN

Filem "IMPIAN" telah mencapai impian kami!

Filem "IMPIAN" yang telah menjadi Johan Kebangsaan, Johan Negeri Sabah, Pelakon Lelaki Terbaik dan ANUGERAH KINABALU "Best of the Best" telah melakar satu lagi sejarah SK Kinabutan Besar Tawau. Kami selaku kru Filem "IMPIAN" mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan yang tidak putus-putus dari pihak sekolah, PKG Tawau, PPD Tawau, dan pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.Terima kasih..Tunggu filem seterusnya...

Sertai kami di facebook SKKBT Tawau.

1BESTARI NET

1BestariNet ialah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Melalui projek ini, kesemua 10,019 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi mudah alih 4G dan platform pembelajaran maya (VLE) yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.

PORTAL MAKMAL BESTARI ICT

Sebesar-besar ucapan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya kami telah berjaya menyiapkan blog bagi Makmal Bestari SK Kinabutan Besar Tawau ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami tujukan kepada sesiapa jua sama ada yang secara langsung atau tidak langsung telah membantu kami menyempurnakan pembinaan blog ini. Semoga segala jasa baik tuan dan puan mendapat balasan yang terbaik dariNya. Sekian. Wassalam

BAJU KAMI:))

Design baju Kelab Bestari ICT SKKBT

Ni adalah salah satu design baju untuk Kelab Bestari ICT SK Kinabutan Besar Tawau...Tapi ini belum muktamad ya...hehehehehehe...saja nak try design

KISAH ARWAH KOPERAL SALAM TOGIRAN

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA KOPERAL SALAM TOGIRAN...

Suami Syahid
Tawau: Meninggal dunia ketika bertempur di medan perang sememangnya menjadi impian Koperal Salam Togiran, 42, seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabtu lalu.

“Malah, arwah sering membayangkan untuk mati syahid setiap kali kami menonton televisyen yang menayangkan insiden peperangan terutama di Palestin.

"Sejurus tiba di Semporna, arwah menelefon dan antara kata terakhirnya meminta saya mendoakannya. Jadi, saya bangga suami saya mati syahid sebagai pejuang negara," kata balunya, Marlina Utan, 38.

Marlina yang ditemui di rumahnya di Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas, di sini, semalam, berkata selepas dua komando polis maut dalam kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada 1 Mac lalu, arwah suaminya menyatakan hasrat untuk mati seperti mereka.